5 CARA KONGSI REZEKI UNTUK DIAMALKAN

Perasan atau tidak, banyak hashtag kongsi rezeki dalam posting-posting yang lalu di wall kita?
 
Kongsi rezeki ini bukan setakat derma dan sedekah semata-mata. Kadang-kadang kita boleh amalkan sesuatu yang berlainan dari biasa.
 
5 Cara Kongsi Rezeki Mudah antaranya:
 
1. #BeliLebihBeriOrang – Bila kita beli sesuatu, beli lebih satu bungkus. On the way nak balik, kalau terjumpa sesiapa yang dalam kesempitan, beri dekat orang tu. Selain dari kawan-kawan, kita boleh beri pada guard, makcik cleaner, abang potong rumput tepi jalan atau mungkin abang yg betulkan kasut Di Kaki lima kedai.. kalau beli online pun sama.. beli satu extra dan beri kepada runner yang hantar.
 
2.#SimpanBaki – Bila beli barang, kita boleh amalkan untuk tidak ambik baki terutama jika beli dgn peniaga-peniaga kecil.. Kemudian, pandang wajah penjual tu dan senyum. Reaksi wajah mereka kadang-kadang boleh buat hati kita menangis!
 
3. #BeriTips– selain simpan baki atau bahasa jawanya keep the change, sebenarnya kita boleh juga amalkan beri extra atau tips kepada peniaga kecil atau kepada rider-rider food panda or grab yang tolong hantar makanan dan barang-barang kita.
 
4. #supportsmallbusinesses – Walaupun kita ni rajin masak, sekali sekala reward diri sendiri dgn beri ‘reward’ itu kepada peniaga-peniaga kecil atau Suri Rumah yg buat biz online tu.. Tak kisahlah duduk dekat apartment ke, kampung ke, taman ke mesti ada group WhatsApp kan. Apa kata kita beli daripada kawan2/jiran2 taman tu. Walaupun kita hanya beli benda yg kecil, tapi percayalah, besar ertinya kepada mereka yang menjual secara online tu.
 
5. #duitraya – biasakan simpan duit kecil dlm purse. Kalau Kita terjumpa kanak-kanak, boleh Kita hadiahkan “duit raya” untuk dia. Biarpun bukan dalam musim raya. Ingat, memberi ketika senang memang hebat. Tapi jika anda dapat memberi di saat anda memerlukan, anda LUAR BIASA HEBAT.
 
Fikir-fikirkan, percayalah.
 
Kongsikan dan beri pendapat anda di ruangan komen. 😊
 
Kongsikan untuk manfaat lebih ramai orang
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

2 thoughts on “5 CARA KONGSI REZEKI UNTUK DIAMALKAN”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Open chat
Boleh saya bantu anda?