result, balance sheet, follow-3236285.jpg

FORMULA CAPAI RESULT

RAHSIA RESULT

Ramai orang mengimpikan result yang “outstanding”, tapi usahanya kadang-kadang tidak menunjukkan bahawa dia betul-betul NAK dapatkan result yang diharapkan.

Ingat formula ini.

RESULT = NIAT + USAHA

Results ni kita tak boleh kawal. Itu hak Allah. Jangan fikir disebabkan usaha kita sendiri kita dapat result yang kita nak.

 
Pastikan niat kita. Apa niat kita? Betul ke kita nak bantu orang? Atau kita sekadar nak sesuatu dari poket orang itu sendiri?
 
Kita berusaha ni sebab kita nak Allah nampak kita dengan pandangan kasih sayang dan rahmat. Jangan hidup bertuhankan usaha. Dan jangan bertuhankan sifu. Kita nak hidup dengan rezeki yang berkat.

Jadi bagaimana sebenarnya USAHA yang terbaik?

1. Usaha dengan ilmu dan nak Allah dekat dengan kita.
  • – Kita nak Allah bersama dengan kita dalam setiap tindakan kita.
2. Mulakan dengan Bismillah.
  • Satu amal kalau tak bermula dengan bismillah, dia akan terputus.

3. Yang terbaik, kita doa sebelum usaha.

  • Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah’ . Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali denganNya. Amalkan doa ini sebelum buat apa jua perkara, Allah akan beri diri kita (PKP) ; Petunjuk , Kecukupan , dan Perlindungan ‘ .
Ingat, bila kamu sudah berazam, bertawakal lah. Usaha dan terus usaha dan letak pengharapan kepada Yang Esa.
 
Fikir-fikirkan, Percayalah. 🥰
 
Kongsikan untuk manfaat lebih ramai orang
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Open chat
Boleh saya bantu anda?