Ziyad-zolkefli-atlit-paralimpik-dibatalkan-penyertaan-dan-pingat-emas-ditqrik-semula

IBRAH DARI EMAS YANG TERLEPAS

Kita hanya merancang dan berusaha, Allah jualah sebaik-baik perancang dan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik dalam perjalanan hidup hambanya.

pingat-emas-ziyad-zolkefli-atlit-paralimpik-dibatalkan-dan-rayuan-ditolak

Ya, ini kisah yang tular tentang Hero Malaysia, Saudara Ziyad Zolkefli. Ziyad mengajar kita banyak perkara dengan apa yang berlaku kepada dirinya.

1. Istimewa – Ziyad mengajar kita setiap kekurangan dan kelebihan kita, itulah yang buat kita istimewa. Walaupun diuji dengan kekurangan, beliau buktikan beliau juga mampu mencipta kejayaan yang melebihi dari kemampuan orang yang sempurna fizikalnya

2. Berjaya – Ziyad mengajar kita, untuk berjaya kita hanya perlu percaya, usaha dan Yakin dengan tindakan kita. Buktinya, Saudara Ziyad kita berjaya memadamkan rekod kebangsaan atlit normal dan mencipta rekod dunia yang baru.

3. Rules – Ziyad mengajar kita peraturan tetap peraturan, dan ada sebabnya peraturan itu dicipta. Dan setiap peraturan, perlu kita patuhi untuk dapat apa yang kita idamkan dan mahukan.

4. Akur – Ziyad akur dengan keputusan penarikan semula pingat emas kejohanan. Beliau mohon ampun kepada seluruh Rakyat Malaysia, walaupun kita tahu terdapat beberapa isu teknikal yang berlaku menyebabkan Ziyad terlewat 5 minit.

5. Hidup – Ziyad mengajar kita erti kehidupan. Kita diajar untuk redha dengan ketentuan. Kita diajar untuk tabah dengan ujian. Kita diajar untuk bersyukur dengan apa jua yang kita ada dan kecapi walaupun sekadar sedetik masa.

Buat Ziyad Zolkefli , anda tetap wira kami. Teruslah melangkah dan buktikan 4 tahun akan datang, emas itu memang milik negara kita yang tercinta. Terima kasih mengajar kami banyak perkara.

Ziyad-zolkefli-atlit-paralimpik-mohon-maaf

Apa yang anda belajar dari Ziyad? Komen pandangan anda 😊

#viral #paralimpik #TokyoParalympics #hanpendekar #emas #pingat #hero #heromalaysia #ziyadzolkefli #ziyad #batal #teknikal #sukan #lontarpeluru

Kongsikan untuk manfaat lebih ramai orang
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Open chat
Boleh saya bantu anda?