Inspirasi Kehidupan & Kejayaan
Koleksi #InspirasiKehidupan #InspirasiKejayaan Bro Han Pendekar
Himpunan Koleksi Kata-Kata Hikmah, Quotes, Motivasi, Inspirasi Kejayaan, Inspirasi Kehidupan, Terbaik Sepanjang Zaman
Sampaikanlah Ilmu Sesuai Dengan Taraf Pemilik-Nya
Semua Ilmu milik Allah SWT. Tiada makhluk yang boleh menyatakan ilmu itu milik mereka. Maka, sampaikanlah apa jua ilmu yang ada pada kita dengan cara kita sendiri.

Minda Positif
Sedih atau gembira, minda kita yang kawal segalanya. Of course lah, kita yang memilih nak tuju arah mana
Paham ke idok? Have Faith Bro!

Jadi Lebih Baik
Dalam mendidik atau mengajar, jangan sesekali tanamkan dalam pemikiran mereka untuk jadi macam kita. Pastikan mereka jadi LEBIH BAIK DARI KITA. Have Faith Bro!

Semak Niat
Niat kita buat sesuatu akan menjadi salah satu rencah rahsia yang yang menentukan kita gagal atau berjaya. Have Faith Bro!

Hanya Berharap
Tak salah pun untuk berharap, sebab memang mimpi itu anugerah. Tapi, Terlalu banyak bermimpi tanpa tindakan memang terang-terangan salah.
Paham ke idok? Have Faith Bro!

Beri Manfaat
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat dan nilai tambah dalam kehidupan manusia lainnya.
Belajar Sesuatu? Have Faith Bro!

Bijak Bermadah
Orang yang banyak memendam selalunya lebih mudah menyampaikan maksud melalui penulisan. Ada yang lebih selesa berkarya melalui perbuatan. Teruskan Hidup. Have Faith Bro!

Belajar & Aplikasi
Pernah dengar kata hikmah "Jangan Pernah Berhenti Belajar Kerana Kehidupan Tak Pernah Berhenti Mengajar"? Kenapa? Sebab perkara ni lah yang akan buat kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. The Better version of ourselves day to day. Belajar, Faham, Aplikasikan Dalam Kehidupan. Have Faith Bro!

Good Attitude Wins
Ya, langit tak selalunya cerah. Namun saat ujian itu datang, macam mana kita hadapi sesuatu perkara tersebut? Sebab tu la ramai je yang kita nampak diorang tu macam takde masalah langsung, namun hakikatnya, mereka memilih untuk senyum dalam setiap kepahitan ranjau kehidupan.Hiduplah Dalam Keyakinan. Have Faith Bro!!!!

Kena Faham Kenapa
Kunci dalam apa pun yang kita buat atau hadapi dalam hidup ni adalah FAHAM. Isunya, ramai yang buat tapi tak faham apa dia buat, dan kenapa dia buat. Tak pernah ada Strategi One Fits All ni dalam pemasaran atau kehidupan. Kan jalan hidup setiap orang berbeza. Paham ke idok? Have Faith Bro!