RUMAH TAK LAKU: GIMIK SAAT PANDEMIK ATAU HAKIKAT YANG TERSELINDUNG?

Alhamdulillah malam tadi dapat menggunakan masa selama Empat Jam Setengah dalam bual bicara berkaitan satu industri yang sebelum ni saya hanya pandang sepi.
 
Namun, saya nak mulakan posting ini dengan minta maaf terlebih dahulu. Ada yang bertanya kenapa saya banyak mendiamkan diri sejak beberapa bulan lalu.
 
Hakikatnya, saya masih ada dalam industri perniagaan dan masih dalam misi menyebarkan manfaat kepada lebih ramai orang.
 
And in order to do so, jadual saya penuh dengan kelas dari pakar-pakar dalam bidang mereka masing-masing.
 
Dan seperti yang saya maklumkan di awal posting, saya mula cuba untuk masuk ke dalam bidang hartanah dan pelaburan hartanah.
 

RUMAH TAK LAKU ZAMAN COVID, FAKTA ATAU AUTA?

Kalau kita lihat dari sudut pandang biasa, ya kita akan lihat banyak projek-projek pembinaan nampak seperti terbengkalai. Rumah-rumah yang siap dibina seolah-olah tidak terjual.
 
Tapi apa yang terselindung adalah, kita melihat kepada perbandingan di antara Q1 2020 berbanding Q1 2021, di mana:
1) Kenaikan nilai hartanah sebanyak 26%.
2) Kenaikan 10.7% transaksi melibatkan hartanah.
3) Purata harga Hartanah Kediaman meningkat sebanyak 13%.
4) Pembangunan hartanah kediaman baru berkurang sebanyak 40%, dan dijangkakan kita akan mengalami kekurangan “supply” rumah kediaman dalam tempoh 3-5 tahun akan datang.
 
Dan ini adalah perbandingan di saat Malaysia sedang berhadapan PANDEMIK COVID-19.
 
Tak mustahil, dalam beberapa tahun akan datang, kita akan melihat “properties bull run” berlaku sekali lagi di Malaysia di mana harga hartanah akan naik mendadak dalam tempoh singkat kerana kekurangan supply.
 
YA, INI BAKAL BERLAKU SEPERTI YANG BERLAKU SEBELUM INI SEMASA KEGAWATAN EKONOMI.
 
Ramai akan menganggap ini hanya gimik, dan saya adalah salah seorang dari anda juga sebelum ini. Sehinggalah saya melihat kepada fakta-fakta tadi dan petanda awal “next properties bull run” selari seluruh dunia.
 
Saya dedahkan rahsia kenapa saya katakan “next properties bull run” ini bukan sekadar hanya gimik.
 
Ini kerana;
1) Kita melihat kadar faedah akan kekal berada di tahap terendah bagi membolehkan kebanyakan negara bangkit dari krisis. Dan Bank Pusat akan terus mencetak wang baru.
2) Malaysia telah membuat pembelian Vaksin yang banyak dan menyasarkan semua rakyat Malaysia akan divaksin menjelang penghujung tahun 2021.
3) Pemulihan sektor ekonomi yang dijangkakan hanya akan bermula tahun hadapan sebenarnya bakal bermula selepas tamat PKP 3.0.
4) “Market” hartanah akan masuk fasa pemulihan bermula tahun 2021/2022 dan dijangka mencapai tahap puncak menjelang 2-3 tahun sahaja dari sekarang.
5) Covid-19 yang kita hadapi sekarang dengan PKP sebenarnya adalah petanda terbesar ” next properties bull run”.
 
Inilah realiti dan apa yang sedang kita hadapi di saat Pandemik Covid-19 dan boleh saya katakan cahaya yang terselindung di sebalik “mendung”.
 
Mencari ilmu itu adalah ibadah. Dan aplikasikan ilmu itu adalah jihad kita untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan hidup kita. Menyebarkan ilmu yang kita ada itu adalah bakti kita sebagai “saham” kita nanti.
Cukup sampai di sini dahulu, dan semoga kita berjumpa lagi di posting yang akan datang dengan tema yang sama, “melihat sesuatu dari sudut pandang berbeza”.
 
Nama saya Han Pendekar, dan saya mohon anda kongsikan posting ini agar lebih ramai mendapat sedikit manfaat dan ilham atas perkongsian anda.
 
Terima kasih. 😊
 
#pelaburanhartanah #propertiesbullrun #hanpendekar #serikembangan #SOIFCoach #bicarapendekar
Kongsikan untuk manfaat lebih ramai orang
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Open chat
Boleh saya bantu anda?