TIPS KEKAL KONSISTEN

Impian yang besar hanya mampu dicapai jika kita kekal konsisten.

Tindakan kecil kita sebenarnya yang memberi impak besar kepada usaha kita untuk mencapai impian. A wise man once said, “STOP BANGAU-ING”. Berhenti membangau. Berhenti beri alasan.
 
Ada banyak cara untuk kekal konsisten, dan saya akan dedahkan 5 RAHSIA KEKAL KONSISTEN yang mudah untuk anda amalkan.
 
  1. #FahamTujuan
    • Bangun awal setiap pagi dan mulakan setiap pagi dengan senyuman dan semangat yang tinggi. Gambarkan dalam fikiran apa kita akan lakukan sepanjang hari. Tahu apa yang kita nak lakukan, dan mengapa kita nak melakukannya adalah langkah penting untuk terus konsisten.
  2. #Fokus
    • Apa yang kita nak? Apa perkara terbaik yang boleh kita buat sekarang? Tuliskan dan kemudian fokus untuk selesaikannya – satu tugasan pada satu masa.
  3. #UtamakanYangPenting
    • Kalau sesuatu yang kita buat itu kita rasakan penting bagi diri kita, atau perniagaan kita, masukkan dalam jadual. Dalam perkara yang WAJIB kita buat hari tersebut. Bukannya hanya berusaha mencari masa untuknya.
  4. #KekalPositif
    • Akan ada ketika kita rasa nak mengalah. Kita tak suka dengan apa kita buat sebab belum nampak hasil. Dalam usaha nak kekal konsisten, apa kita rasa tak penting. Terus kekal positif dan bersangka baik. 
  5. #JagaMomentum
    • Kita semua manusia, dan kadang-kadang kita menyerah pada sifat malas. Ada hari yang kita terlepas dari jadual konsisten kita. Dari pengalaman peribadi, setelah kita berhenti, semakin sukar untuk kita kembali ke landasan yang betul. Sukar untuk kekalkan momentum. Oleh itu, kalau anda terlepas hari ini, pastikan anda tidak terlepas untuk lakukan pada keesokan hari dan seterusnya.

“Abaikan suara yang menghalang, terus fokus pada tujuan dengan konsisten meraih kejayaan”

Fikir-fikirkan, percayalah. 

Kongsikan untuk manfaat lebih ramai orang
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Open chat
Boleh saya bantu anda?